Selasa, 17 Jun 2014

Susur galur keturunan Nabi Muhammad s.a.w sehingga kepada nabi Ismail a.s bin nabi Ibrahim a.s:

Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin bin Ka'ab bin Malik bin Nadar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Lu'ayy bin Ghalib bin Fihr bin Nizar bin Maad bin Adnan bin  Nabi Ismail bin nabi Ibrahim a.s

Kronologi Sejarah Rasulullah;

1.Tahun 571 M (bulan April) Keputeraan nabi, sejurus selepas tentera Abrahab dari yaman menyerang mekah.
 - nabi dihantar kekampung bani saad untuk dijaga oleh ibu susunya Halimah binti Abu Zuwaib.
2.Tahun 573. Abdullah bin Abi Qahafah (Abu Bakar) dilahirkan dikota Mekah
3.Tahun 576.Nabi dibedah di kampung Bani Saad oleh malaikat Jibril (usia 5 tahun)
 -Uthman bin Affan dilahirkan
4.tahun 577. Ketika berusia 6 tahun nabi dibawa oleh ibunya Aminah menziarah kubur bapanya di Madinah. dalam perjalanan balik ke mekah ibu nabi Aminah meninggal dunia di Abwa'.
5.Tahun 579- umur nabi 8 tahun , datuknya Abdul Muttalib meninggal dunia.
6.Tahun 583. ketika berusia 12 tahun nabi di bawa oleh Abu talib mengikuti kafilah dagang ke Syam. berjumpa seorang padri di Basra. Padri bernama Bukhaira meramalkan Muhammad akan menjadi nabi.
-Umar al-Khattab dilahirkan
7.Tahun 585, usia nabi 14 tahun. Perang Fijar berlaku di Mekah pengalaman pertama nabi dalam perang.
8. Tahun 591. Usia nabi 20 tahun nabi menyertai Hilful fudhul iaitu perjanjian membela kehormatan
9. Tahun 595. nabi mengendalikan perniagaa siti Khadijah- Perkahwinan nabi dengan siti Khadijah.
10.Tahun 601. Ali bin Abi Talib dilahirkan.

ikuti sambungannya  akan datang...sekian


Isnin, 16 Jun 2014

Mat Kilau Pahlawan Pahang
Pahlawan Mat Kilau bin Imam rasu (Tok Gajah) bin Bahrum lahir pada tahun 1848 di kg Pulau Tawar, Jerantut. muncul kembali pada 27.12.1969..pada usia 122 tahun.  Dalam sejarah Pahang Mat Kilau terkenal kerana keberanian dan kegagahannya melancarkan gerakan terbuka menentang British di pahang. Mat kilau diburu oleh British kerana melancarkan siri serangan hendap ke atau kubu british di raub dan Tembeling. Mat Kilau melarikan diri ke Kelantan,Terengganu dan Siam. Mat Kilau berjaya ditanggkap dan dikatakan meninggal dunia. Jenazah beliau disemadikan di Kg dalam Limau Bunut Payung, Kelantan. Timbul berita bahawa jenazah yang dikebumikan itu bukan lah jasad mat kilau, tetapi batang Pisang. ...Mat kilau muncul semula pada 1969 dalam saatu pengistiharan yang dibuat oleh beliau sendiri selepas solat jumaat di Masjid Kg Pulau Tawar. Berikutan mengistiharan tersebut telah mengemparkan seluruh rakyat pahang dan negara. ramai yang datang bertemu Mat kilau untuk melihat sendiri wajah tokoh ini demi mencari kepastian. Bagi mengatasi keraguan mengenai kesahihan beliau adalah Mat Kilau, maka jawatan kuasa menyiasat ditubuhkan oleh kerajaan Pahang diketuai oleh YAB Menteri Besar pahang ketika itu iaiitu Tan Sri Haji Yahya bin Mohd Seth pada 6 Ogos 1970... tidak lama selepas Mat Kilau mengistiharkan diri kesihatan beliau semakin uzur akhirnya meninggal pada 16 Ogos 1970 jam6.45 pagi di Kg Batu 5, jalan Kuantan..Jenazahnya dikebumikan di Kg Pulau tawar Jerantut..

sumber maklumat..berkaitan dengan Pahlawan mat Kilau
Segala sumber rasmi berkaitan pentadbiran negeri Pahang dan laporan mengenai penentangan yang berlaku merupakan sumber yang dikeluarkan oleh pentadbiran British yang mentadbir pahang sekitar tahun 1891 hingga 1895. Sumber-sumber rasmi boleh dirujuk di Arkib Negara malaysia.
-Fail No.389/92 bertajuk Send 25 sikhs from K.Kubu to raub for Clifford use replase from K.Lumpur reinforcements will be sent from Perak: melaporkan amaran yang diterima mengenai cubaan memotong wayar telegraf oleh beberapa orang tempatan. kejadian ini adalah yang pertama dilaporkan melibatkan pengikut Mat kilau sehingga membawa kepada gerakan mencari Mat kilau dan pengikutnya ke Budu..telegraf tersebut bertarikh 17 April 1892..berbunyi "Fraser says have been warned Malays intend cutting telegraf wire"
-Fail No. 562/92 Pahang Disturbance-Report from Col. Walker date raub 16th may 1892 merupakan laporan mengenai kekacauan beikutnya yang ditimbulkan oeh mat Kilau dan pengikutnya di Budu dan bagaimana arahan dikeluarkan untuk menangkap mat Klau.
Salam Sejahtera,
Berjumpa lagi di alam siber. Selamat menyambut ramadan al mubarak kepada umat Islam khas kepada kariah Kg Merapoh dan Lipis. Selalu selalu lah berjemaah di masjid Sultan Mahmud insyaalah solat tarawih.
Jangan lupa bawa kaum keluarga.

Sekian...
Amran