Isnin, 16 Jun 2014

Mat Kilau Pahlawan Pahang
Pahlawan Mat Kilau bin Imam rasu (Tok Gajah) bin Bahrum lahir pada tahun 1848 di kg Pulau Tawar, Jerantut. muncul kembali pada 27.12.1969..pada usia 122 tahun.  Dalam sejarah Pahang Mat Kilau terkenal kerana keberanian dan kegagahannya melancarkan gerakan terbuka menentang British di pahang. Mat kilau diburu oleh British kerana melancarkan siri serangan hendap ke atau kubu british di raub dan Tembeling. Mat Kilau melarikan diri ke Kelantan,Terengganu dan Siam. Mat Kilau berjaya ditanggkap dan dikatakan meninggal dunia. Jenazah beliau disemadikan di Kg dalam Limau Bunut Payung, Kelantan. Timbul berita bahawa jenazah yang dikebumikan itu bukan lah jasad mat kilau, tetapi batang Pisang. ...Mat kilau muncul semula pada 1969 dalam saatu pengistiharan yang dibuat oleh beliau sendiri selepas solat jumaat di Masjid Kg Pulau Tawar. Berikutan mengistiharan tersebut telah mengemparkan seluruh rakyat pahang dan negara. ramai yang datang bertemu Mat kilau untuk melihat sendiri wajah tokoh ini demi mencari kepastian. Bagi mengatasi keraguan mengenai kesahihan beliau adalah Mat Kilau, maka jawatan kuasa menyiasat ditubuhkan oleh kerajaan Pahang diketuai oleh YAB Menteri Besar pahang ketika itu iaiitu Tan Sri Haji Yahya bin Mohd Seth pada 6 Ogos 1970... tidak lama selepas Mat Kilau mengistiharkan diri kesihatan beliau semakin uzur akhirnya meninggal pada 16 Ogos 1970 jam6.45 pagi di Kg Batu 5, jalan Kuantan..Jenazahnya dikebumikan di Kg Pulau tawar Jerantut..

sumber maklumat..berkaitan dengan Pahlawan mat Kilau
Segala sumber rasmi berkaitan pentadbiran negeri Pahang dan laporan mengenai penentangan yang berlaku merupakan sumber yang dikeluarkan oleh pentadbiran British yang mentadbir pahang sekitar tahun 1891 hingga 1895. Sumber-sumber rasmi boleh dirujuk di Arkib Negara malaysia.
-Fail No.389/92 bertajuk Send 25 sikhs from K.Kubu to raub for Clifford use replase from K.Lumpur reinforcements will be sent from Perak: melaporkan amaran yang diterima mengenai cubaan memotong wayar telegraf oleh beberapa orang tempatan. kejadian ini adalah yang pertama dilaporkan melibatkan pengikut Mat kilau sehingga membawa kepada gerakan mencari Mat kilau dan pengikutnya ke Budu..telegraf tersebut bertarikh 17 April 1892..berbunyi "Fraser says have been warned Malays intend cutting telegraf wire"
-Fail No. 562/92 Pahang Disturbance-Report from Col. Walker date raub 16th may 1892 merupakan laporan mengenai kekacauan beikutnya yang ditimbulkan oeh mat Kilau dan pengikutnya di Budu dan bagaimana arahan dikeluarkan untuk menangkap mat Klau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan