Selasa, 14 Oktober 2014

IKAN KELAH- lubuk Meruh, Merapoh
Pengalaman ku...
Raja ikan air tawar...Ikan Kelah yang paling berkualiti  sekali ialah yang hidup dalam sungai Tanum di kampung Merapoh, kampung kelahiranku. masa aku budak-budak dulu selalula pergi menyelam kelah ni..Masa itu mana la aku tau kelah jadi raja ikan.. cari kelah hanya untuk lepas sekali makan je,,dah habis lauk esok pergi cari lagi..
Aku dah mula makan kelah ni sejak kecil lagi awal 70an dulu...tak silap masa darjah tiga dah mula masuk hutan sungai tanum cari kelah ..jalan kaki hampir tujuh lapan jam..samapi ke lubuk Meruh sungai tanum (tempat kelah paling banyak), sais kelah masa itu lapan kilo ke atas..Aku hanya mampu bawa balik tiga  atau empat ekor aja..itu pun dah siap belah buat pekasam, masuk dalam tin dukung atas belakang..mendukung tin berisi ikan kelah ni orang merapoh panggil "ambung"
Zaman aku dulu harga kelah ni tak lah  mahal sangat.. lagi pun banyak yang tak tahu sedapnya daging ikan keah tu..hanya aku je yang tau..tak terkata..sebab ikan lain buan pilihan utama masa tu...bila ayah tanya nak ke mana...nak pergi cari kelah..dengan pak cuu Bakar..  
Banyak sungai lain di Malaysia ni ada kelah...tapi rasa nya tak tahulaa...jika dibanding dengan Kelah Merapoh...Malas cakap llla bukan nak bangga..Kampung Merapoh tu letaknya dikaki Gunung Tahan, kawasan air dan hutan yang original.
Pekasan kelah..kalau digoreng kemudian dimakan dengan nasi pulut.. paling sedap..tak pecaya cubala..

Isnin, 13 Oktober 2014

SIR HUGH CLIFFORD
Sir Hugh Charles Clifford dilahirkan pada 5 Mac 1866. Berketurunan Charles 11 dan salah seorang cucu jenerasi clifford ke 7 daripada Chudleigh. Ayahnya seorang Jeneral British. Beliau menyertai perkhidmatan awam di Negeri-negeri Tanah Melayu Bereskutu dibawah pesuruh Jaya British Sir Frederick Weld. Beliau tiba di Tanah Melayu pada 1883 ketika berusia 17 tahun. Dalam tempoh 13 tahun British menguasai negeri Barat S.T. Melayu, H. Clifford menjadi Kadet dalam perkhidmatan Awam Perak. Beliau telah mempelajari bahasa Melayu dan banyak merantau ke kawasan Pedalaman tanah Melayu. Pada tahun 1887 beliau dilantik menjadi wakil British di Pahang. Pada tahun 1896 hingga 1903 Hugh Clifford dilantik sebagai Residen British Di Pahang. Beliau telah meninggalkan Tanah melayu pada 1903 untuk menjadi Kolonial british di Trinidad dan seterusnya menjadi Gabenor di Ceylon, Gold Coast dan Nigeria. Beliau mula menulis mengenai Tanah Melayu dan menganggap tidak ada yang dapat memberi kepuasan kepada dirinya selain dari berada di Tanah melayu. Perkhidmatan terakhir beliau ialah sebagai Gabenor Negeri-Negeri selat selama dua tahun dan Persuruh Jaya Tinggi Melayu dari tahun 1927 hingga 1929. Beliau meninggal dunia pada 18 Disember 1941.
Jasa beliau ialah berjaya menubuh sekolah Inggeris pertama di pahang iaitu terletak di kuala Lipis yang diberi nama Clifford School pada tahun 1913. Clifford School ditukar kepada SMK Clifford, Kuala Lipis, Pada 2013 yang lalu SMK. Clifford ini telah menyambut ulang tahunnya yang ke 100.

Rabu, 1 Oktober 2014

Senarai Kitab Fiqh yang Mu,tabar dalam Mazhab Shafie;
-Tuhfat Muhtaj ole Ibn Hajar
-Nihayah Muhtaj-Mohd Ramli
-Mughni MuhtaJ aL- sYAIBAANI
-HAWI AL-kABIR- AL-mAWARDI
-bAHRUL mAZHAB-sY. rUYAANI
-aL-mUHAZAB AL-sYIRAZI
-mAJMUK sYARAH AL-muhazab-Mahyuddin Nawaai
-Fathul Wahab
-Bujairimi0Sy Sulaiman Bujairimi
Iqna,-Hati Syarbini
-Kifayatul Ikhyar
-Raudatul Talibin-Mahyudin Nawawi
Fathul Muin-Syh Zainudin
-,Ianatul TalibinAbu Bakar al-Dimayati
Fiqh al-Manhaj--Dr ali Sarbaji, Mustafa Bugho

info ilmu  ini akan di sambung lagi..