Isnin, 13 Oktober 2014

SIR HUGH CLIFFORD
Sir Hugh Charles Clifford dilahirkan pada 5 Mac 1866. Berketurunan Charles 11 dan salah seorang cucu jenerasi clifford ke 7 daripada Chudleigh. Ayahnya seorang Jeneral British. Beliau menyertai perkhidmatan awam di Negeri-negeri Tanah Melayu Bereskutu dibawah pesuruh Jaya British Sir Frederick Weld. Beliau tiba di Tanah Melayu pada 1883 ketika berusia 17 tahun. Dalam tempoh 13 tahun British menguasai negeri Barat S.T. Melayu, H. Clifford menjadi Kadet dalam perkhidmatan Awam Perak. Beliau telah mempelajari bahasa Melayu dan banyak merantau ke kawasan Pedalaman tanah Melayu. Pada tahun 1887 beliau dilantik menjadi wakil British di Pahang. Pada tahun 1896 hingga 1903 Hugh Clifford dilantik sebagai Residen British Di Pahang. Beliau telah meninggalkan Tanah melayu pada 1903 untuk menjadi Kolonial british di Trinidad dan seterusnya menjadi Gabenor di Ceylon, Gold Coast dan Nigeria. Beliau mula menulis mengenai Tanah Melayu dan menganggap tidak ada yang dapat memberi kepuasan kepada dirinya selain dari berada di Tanah melayu. Perkhidmatan terakhir beliau ialah sebagai Gabenor Negeri-Negeri selat selama dua tahun dan Persuruh Jaya Tinggi Melayu dari tahun 1927 hingga 1929. Beliau meninggal dunia pada 18 Disember 1941.
Jasa beliau ialah berjaya menubuh sekolah Inggeris pertama di pahang iaitu terletak di kuala Lipis yang diberi nama Clifford School pada tahun 1913. Clifford School ditukar kepada SMK Clifford, Kuala Lipis, Pada 2013 yang lalu SMK. Clifford ini telah menyambut ulang tahunnya yang ke 100.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan