Ahad, 26 Jun 2016
Bukit Bius
Bandar Kuala Lipis merangkumi Bukit Bius, Bukit Residen, Bukit Kerani, Bandar lama. Bukit Bius tersohor dengan keistemewaannya yang tersendiri . Ia menempatkan beberapa bangunan peninggalan sejarah sejak zaman British yang masih kukuh hingga sekarang. Pelancong atau pengunjung yang datang ke Kuala Lipis akan melengkapkan lawatan mereka dengan menaiki bukit bius. Di atas Bukit Bius terdapat bangunan lama seperti Rumah Suk (Rumah Kediaman Tun Razak), sekarang ini telah dijadikan Muzium Lipis. Selain itu terdapat juga rumah belia, zoo Lipis, Rumah rehat PDRM, Istana hinggap dan lain-lain seperti rumah bekas pegawai Britih semasa berkhidmat di Kuala Lipis.Bukit Bius sekarang ini telah menjadi lokasi Khas pelancongan. Lipis Valley Golf Club (LVGC) terletak di bukit Bius adalah kelab golf yang tertua di negeri Pahang kerana ia dibina sejak zaman British lagi. Sekarang ini padang golf yang tertua itu telah lenyap, namun ahlinya masih wujud.
Ahad, 19 Jun 2016
Khamis, 16 Jun 2016
SEJARAH SMK CLIFFORD (Maklumat Tambahan)
Nostalgia.
Pada tahun 1928, dua bangunan batu 2 tingkat yang baru telah dibina iaitu bangunan asrama Melayu (Malay Hostel) dan bangunan sekolah (blok E). Bangunan sekolah mempunyai 8 bilik kelas dan 4 bilik lain adalah sebagai gabenor rooms. Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu, Sir Hugh Clifford merasmikan bangunan itu pada 9 september 1929. sejak daripada itu, nama sekolah berubah nama kepada Sekolah Clifford Kuala lipis.
Malay Hostel (Asrama melayu) dan Blok E,adalah merupakan antara bangunan tertua di Sekolah Menengah Clifford dan di daerah Kuala Lipis, Kedua-dua bangunan ini telah diwarta sebagai bangunan bersejarah oleh muzium dan Arkid negara Malaysia. Pada tahun 1936, Kumpulan pertama daripada 11 pelajar menduduki peperiksaan , 9 orang daripada mereka berjaya lulus dan layak mendapat sijil.Semasa perang dunia kedua 1940-1945, Jepun menguasai Tanah Melayu, sekolah ini menjadi ibu pejabat untuk tentera Jepun, 2 bilik kelas block E telah dijadikan bilik tahanan (lock-ups) dan bilik dera oleh tentera Jepun. Disamping itu Pengajian bahasa Jepun turut diadakan di sekolah ini. Selepas Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu sekolah Clifford kembali semula sebagai sekolah harian setelah diberhentikan semasa Jepun. Kurikulum pelajaran ditambah iaitu pada tahun 1946 apabila diperkenalkan peperiksaan O level cambridge bagi melayakkan pelajar Clifford melanjut pelajaran ke England.
Tengku Ahmad Syah Bersekolah di Clifford School
Surat Almarhum Sultan Sir Abu Bakar kepada Pegawai Inggeris di Kuala Lipis.
Warkah asal dalam tulisan jawi ditulis oleh Almarhum ada tersimpan di Arkib Negara Pahang. Antara isi surat menyebut perihal Almarhum sultan Abu Bakar menasihati anakanda baginda Tengku Ahmad Syah (Sultan Ahmad syah, Sultan Pahang) yang menginap di asrama dan belajar di sekolah Clifford kuala Lipis agar dapat berkawan dengan pelajar lain serta “ makan minumlah di asrama Clifford seperti juga pelajar lain”. “Jika tiada duit belanja mintalah dari pegawai Inggeris yang ada di Kuala Lipis”
.
Dari tahun 1946-1947, Sultan Pahang DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta 'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Muazam Shah belajar di Sekolah Clifford dan tinggal di asrama Sekolah Clifford. Oleh yang demikian setiap kali baginda Sultan berangkat ke Kuala Lipis , baginda akan datang melihat sekolah Clifford sambil bermesra dengan pelajar-pelajar asrama. Baginda juga sering menoleh ke arah Malay Hostel yang menjadi asrama dan Blok E tempat baginda belajar. Suatu memori yang tak dapat dilupakan dua bangunan bersejarah ini iaitu blok E dan Malay Hostel.Ia bukan sahaja dirasai oleh baginda tuanku tetapi juga oleh setiap bekas pelajar lain yang kebanyakan dari mereka adalah tokoh-tokoh yang berjaya di peringkat negara dan negeri samada sebagai ahli politik, ahli koprat, ahli akdemik, ahli professional dan sebagainya. Buktinya setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau alumni mereka pasti meluangkan masa untuk datang melihat perkembangan sekolah dan berkesempatan bertemu rakan lama semasa bersekolah dahulu. Sambutan 100 tahun yang diadakan pada 2013 yang lalu membuktikan kemuncak nustalgia bekas pelajar Clifford yang sanggup datang dari jauh dan dekat semata-mata memeriahkan sambutan tersebut. Sambutan 100 tahun tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran KDYMM Sultan Pahang yang sanggup mencemar duli berangkat hadir ke Sekolah Menengah Clifford.
Bahasa Pengantar di Sekolah Clifford
Selepas negara telah mencapai kemerdekaan, terdapat perubahan besar ,Sejak itu Sekolah Clifford menjadi sebuah sekolah menengah yang disediakan untuk tingkatan 3,4 dan 5 dalam aliran bahasa Inggeris dan tingkatan 4,5 dalam aliran Melayu.Pada tahun 1971 , satu lagi banjir besar melanda Sekolah Menengah Clifford , menyebabkan kerosakan yang banyak kepada bangunan .Pada tahun yang sama, Kementerian Pelajaran meluluskan empat bangunan baru.Kerajaan telah membina blok baru yang terdiri daripada 4 bilik darjah, 2 makmal sains dan perpustakaan , sebuah kantin baru , satu bengkel dan dewan.
Jubli Perak- 1974
Jubli Perak itu diraikan pada tahun 1974 dan telah dirasmikan oleh Sultan Pahang. Tengku Haji Ahmad DewanTengku Haji Ahmad telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang dalam 18 Jul 1975. Pada tahun 1998 , berlaku banjir besar tetapi tidak ada kemusnahanyang teruk. Bangunan baru asrama 4 tingkat telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang pada 4 november 1990.Pada tahun 1991 , sebuah bangunan baru yang terdiri daripada 16 bilik darjah dan blok makmal sains telah dibina
.
Status dan Kedudukan
SMK Clifford telah dipilih sebagai 'Sekolah Model Khas 'oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1996. Selain itu 'Projek Sekolah Shahbandar Pahang' (SISP) telah ditubuhkan pada tahun 1997.Projek ini mempunyai kelas bagi murid tahun 4, 5 dan 6 .Sekali lagi, smk clifford mengekalkan identiti sebelum 1959 yang menggabungkan sekolah rendah dan menengah yang menawarkan pendidikan untuk murid-murid dari tahun 4 hingga tingkatan enam atas murid.Ia juga mengendalikan 4 peperiksaan awam, UPSR, PMR, SPM dan STPM. pada tahun 2006, SMK Clifford telah dianugerahkan sebagai sekolah 'Bestari' dan juga sebagai sekolah primier di pahang.
Pada tahun 2009, clifford smk telah diberi kelompok sekolah cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Pada tahun 2010 sekali lagi Sekolah Menengah Clifford menerima anugerah sebagai sekolah kluster kecemerlangan dan memilih empat kebitaraan iaitu sejarah, seni, nasyid dan catur. Jawatan kuasa kebitaraan sejarah dan Balai warisan telah mengambil inisiatif menceriakan bangunan blok E. Antara projek kebitaraan yang diusahakan ialah dengan menjadikan bilik kelas pra-u sebagai galeri mengikut tema. Sebagai contoh , kelas 6m4 dijadikan sebagai galeri pengetua Clifford, gambar bekas pengetua digantung mengikut turutan . Selain itu juga terdapat galeri tokoh sukan Clifford yang menaikkan nama sekolah, dan galeri akademik yang memaparkan kejayaan dan kemenjadian pelajar semasa di sekolah clifford.

Rabu, 15 Jun 2016
Profile Pembangunan Kluster Kebitaraan Sejarah Smk Clifford
Sekolah
MENENGAH CLIFFORD KUALA LIPIS.
Sekolah
menengah Clifford Kuala Lipis suatu masa dulu terkenal dengan panggilan
Clifford school. Smk.Clifford yang mempunyai keluasan kira 14 ekar mempunyai 22
block bangunan. Terdapat dua bangunan lama yang didirikan sejak zaman penjajah
Inggeris. Bangunan yang dimaksudkan adalah bangunan Malay Hostel dan bangunan
Sekolah Clifford atau dipanggil Block E . terdapat dua block makmal sains,di
bahagian bawah dan pss sumber sekolah dibahagian atas, selebihnya adalah
merupakan kelas dan bilik guru, Terdapat juga dua block asrama puitera dan
puteri. Sekolah ini juga dilengkapi dengan dewan dan surau serta padang
permainan untuk kemudahan warga Clifford
. :
Bangunan block E
Bangunan ini dibina pada tahun 1926.bentuk bangunan ini
diambil berbentukE.ia dibina selepas berlakunya banjir besar pada tahun 1926
yang memusnahkan bangunan di dalam sekolah yang dibina pada tahun 1919 di tengah – tengah padang.bentuk bangunan ini
dipengaruhi oleh seni bina british.bahan –bahan yang digunakan adalah besi dan
konkrit untuk menyokong rasuk.pintu dan tingkap diperbuat daripada kaca dan
rods.besi struktur asal bumbung itu tanah yang di import dari England dan
prancis.
Kebanyakkan bahan – bahan telah dibawa dipelabuhan port swettenham.dan
dibawa melalui jalan darat(land passing) melalui kuala kubu dan raub sebelum
sampai ke kuala lipis.semasa kawasan
jepun,struktur tambahan telah dibina dan
pengubahsuaian adalah blok dibina.itu adalah rumah kepada tentera
jepun membentuk 1941 hingga 1945.tentera jepun menjadikan beberapa bilik di
dalam blok tersebut sebagai bilik tahanan dan bilik penyiksaan. Bangunan ini
telah dirasmikan oleh Sir Hugh Clifford,gabenor pertama dan pegawai tertinggi
british untuk persekutuan tanah melayu(1927-1929) pada hari isnin Sembilan September 1929,disaksikan oleh
duli yang maha mulia Sultan Abdullah Al-Muk”tassim Billah ibni Al-marhum Sultan
Ahmad Al-muadzam shah
LOKASI BANGUNAN
Bangunan block E atau
disebut sebagai “E Block” oleh bekas pelajar Clifford terletak bersebelahan
dengan bangunan Malay Hostel yang menjadi kediaman pelajar Clifford masa
dahulu,bangunan ini juga dibina pada kedudukan bahagian hadapannya mengadap
sungai Lipis dan dibelakangnya bersetentangan dengan padang Clifford dan Pahang
Kelab Lipis’. Kedudukan bangunan ini juga dibina berhampiran dengan bangunan
pejabat pentadbiran Daerah Lipis yang juga bekas pejabat British di Kuala
Lipis.
PEMILIK BANGUNAN
Bangunan block E smk
Clifford juga seperti bangunan lama yang lain terdapat dibdaerah lipis adalah
bangunan kediaman dan sekolah yang didirikan di atas tanah milik penjajah
British yang di beli dari pembesar Melayu Lipis ( tanah milik Orang Kaya Haji
Wan Daud bin Wan Pahang) yang dibeli oleh British dengan harga dua ratus –tiga
ratus ringgit sahaja.
Namun selepas tamat pemerintahan british iaitu
era kemerdekaan semua bangunan milik british di serah kepada kerajaan negeri di
bawah kelolaan sebuah jabatan iaitu Jabatan Kerja Raya , jabatan yang mengawasi
dan menjaga harta kerajaan. Pada setiap bangunan ada plat yang bertulis JKR di
lekatkan bada setiap bangunan termasuk bangunan block E.
PIHAK YANG MEMBINA
Bangunan Malay Hostel
dan block E dibina mengikut bentuk colonial , dibina oleh beberapa jurutera
british, manakala penyelia bangunan tersebut adalah terdidri dari seorang
berbangsa Melayu dan seorang Inggeris. Buruh atau pekerja bangunan tersebut
terdiri dari bangsa China dan melayu bugis dan India. Pelan bangunan block E adalah berasaskan
pelan dari seorang arkitek British.
BENTUK DAN STRUKTUR
BANGUNAN
Banguna block E
terkenal sebagai sebuah bangunan yang sangat menjadi nastolgi kepada
pelajar-pelajatr Clifford suatu ketika dahulu. Kerana bangunan ini adalah
merupakan kelas atau bilik darjah. Sekolah Clifford menjalani proses pembelajaran
dengan mengunakan bahasa penghantar Inggeris ( English Medium) selepas itu baru
diadakan dua aliran iaitu Aliran Melayu Dan Inggeris. Kelas aliran Inggeris
berakhir pada tahun 1977. Bangunan Block E ini menjadi sangat unik pada bentuk
bangunannya yang merupakan bentuk model bangunan eropah iaitu bentuk colonial
danjuga semi colonial pada poch hadapan yang berbentuk bumbung limas dan rumah
nusanrtara.
BAHAN BINAAN.
Apabila bermulanya
sistem residen diPahang, dan Kuala lipis menjadi ibu Negeri Pahang dan puasat
atau menjadi lokasi kediamanresiden
British (British Residensi). Sir Hug
Clifford memohon kepada pihak gabenor general british agar membina
kediaman dan sekolah di Kuala Lipis. Kos pembinaan nya ditanggung oleh pihak
Gabenor general british di India.Banguan block E dibina dua tingkat menggunakan
bahan binaa luar dan tempatan. Bahan binaan adalah terdiri dari besi keluli
yang diimport dari India, atap genting merah buatan England dan France, besi
i-beam digunakan sebagai gelegar di bahagian tingkat atas di bawa dari kilang
keluli di India. Simen kapur putih dari England. Manakala pasir bati kerikir
dan kayu dibahagian bunbung adalah dari kayu jati tempatan iaitu dari hutan
hulu raub dan slim river. Bata merah dinding adalah dari bata yang diimport dari
England berbentuk empat segi bujur , yang agak uniknya ,saiz bata tersebut
tidak sama dengan batu bata yang di buat di tanah melayu. Bahan bina diangkut
dari port swettenham ke kuala lipis melalui kuala kubu melalui jalan darat
melalui Raub ke Kuala Lipis.
KELUASAN BANGUNAN
BANGUNAN BLOCK E
terdiri dari bangunan dua tingkat yang mengandungi 12 bilik, 6 bilik ditingkat
atas dan 6 bilik ditingkat bawah. Setiap tingkat terdapat sebuah setor.salah
satu bilik di bahagian atas pernah menjadi lock-ups dan bilik soal sisat
tentera jepun. Keluasan keseluruhan bangunan block E
adalah 117’.4” x62.3x23x71.4x23
kaki persegi. Tidak termasuk kaki lima bangunan. Keluasan setiap bilik tidak
sama, namun kebanyakan bilik bersaiz standard 22.3x29.11 kaki persegi. Cirri
reka bentuk bangunan block E adalah berciri bangunan colonial seoerti
Sina-Palladian dan Art Deco. Cirri ini adalah yang menampakkan banguan ini
indah bersifat seni bina eropah
Elemen yang terdapat
pada bangunan
Keseluruhan Elemen
yang terdapat pada bangunan ini adalah seperti dilihat pada anjung (porch),
pediment, Tiang archa, bumbung, Tingkap, siar kaki di kawasan berteres, tangga,
Birai hias, fasad Hadapan ( bertulis tahun 19130, atap genting eropah (
sekarang telah diganti dengan adex tempatan), siling asbestos, Handril,
Balkoni, Balustrade. Warna asal bangunan ini berwarna putih kini ditukar kepada
kuning telur dan oren. Di bahagian hadapan terdapat porch bersambung dengan
bahagian bangunan ibu dijadikan Parking kereta, terdapat beberapa tiang bersais
besar pada bahagian hadapan atas dan bawah menampakkan kecantikan dan keunikan
bangunan ini.
RUMUSAN BANGUNAN
BLOCK E
Belock ini menjadi
nastolgia kepada bekas pelajar Clifford sejak dahulu. Block ini juga menjadi
kelas atau bilik darjah kepada Tuaku DYMM sultan Haji Ahmad Syah 1946-1947. (Semasa lawatan tuanku ke Clifford school
baginda menunjuk jari ke kelas 6m4 tingkat bawah bangunan block e dengan
berkata , “itu kelas saya dulu”.) Baginda pernah belajar di sekolah
Clifford selama dua tahun. Block E sekarang ini menjadi block pelajar
Pra-Universiti yang menempatkan sepuluh kelas dan sebuah bilik guru dan bilik
sidang reduksi. Dari sudut sejarah
silamnya bangunan ini meninggalkan kesan yang menyayat hati kepada mangsa
tahanan tentera Jepun sekitar tahun 1940 hingga 1945 semasa pendudukan Jepun di
Tanah Melayu. Kini bangunan block E telah berusia hamper 80 tahun, namun dari
pandangan mata bentuk fizikalnya masih utuk dan tersergam dan boleh digunakan
hingga sekarang. Salah satu langkah penjagaan yang diusahakan oleh beberapa
pihak termasuk pihak Kementerian Pelajaran sendiri iaitu mengantikan bahagian
yang rosak. Tetapi tidak dengan tidak mengubah struktur asalnya. Cuma
dibahagian bumbung dan atap telah dibuat perubahan kayu lama telah ditukar baru
dan atap adex mengantikan atap genting
buatan England.. Bangunan ini juga telah di wartakan sebagai sebuah bangunan
warisan bersejarah di Malaysia. Pihak Majlis daerah juga mengambil inisiatif
terhadap mencantik dan menghias lokasi bangunan ini sebagai salah satu dinistinasi
pelancongan daerah Lipis.
Sumber: Balai warisan SMK Clifford Kuala
Lipis.
Semua maklumat ini sebahagian diperolehi dari orang sumber disamping
maklumat yang tersimpan di sekolah dalam bentuk bulletin, transkrip, rekod lama
surat-surat, majalah sekolah. Maklumat mengenai sejarah sekolah dikumpul sebahagi memenuhi syarat sekolah
kluster sejarah dan sekolah premier.maklumat ini boleh diperolehi melalui
amran3737.blogspot.com
PROFIL PEMBANGUNAN KLUSTER KEBITARAAN SEJARAH SMK CLIFFORD
SEKOLAH MENENGAH CLIFFORD KUALA LIPIS.
Sekolah
menengah Clifford Kuala Lipis suatu masa dulu terkenal dengan panggilan
Clifford school mula dibina pada tahun 1913 oleh pihak British.Smk.Clifford
yang mempunyai keluasan tanah kira-kira 14 ekar mempunyai 22 block bangunan.
Lokasi kawasan sekolah Clifford terletak ditebing sungai lipis atau dimuara
sungai lipis dan berhampiran dengan Pahang Kelab dan Bangunan Pejabat Kerajaan
Lama. Terdapat dua bangunan lama yang didirikan sejak zaman penjajahan Inggeris.
Bangunan yang dimaksudkan adalah bangunan Malay Hostel dan bangunan Sekolah
Clifford atau dipanggil Block E
Bangunan block E
Bangunan ini dibina pada tahun 1926.bentuk bangunan ini
diambil dari bentuk E.ia dibina selepas berlakunya banjir besar pada tahun 1926
yang memusnahkan bangunan di dalam sekolah yang dibina pada tahun 1919 di tengah – tengah padang.bentuk bangunan ini
dipengaruhi oleh seni bina british.bahan –bahan yang digunakan adalah besi dan
konkrit untuk menyokong rasuk.pintu dan tingkap diperbuat daripada kaca dan
rods.besi struktur asal bumbung itu tanah yang di import dari England dan
prancis.
Kebanyakkan bahan – bahan telah dibawa dipelabuhan port swettenham.dan
dibawa melalui jalan darat(land passing) melalui kuala kubu dan raub sebelum
sampai ke kuala lipis.semasa kawasan
jepun,struktur tambahan telah dibina dan
pengubahsuaian adalah blok dibina.itu adalah rumah kepada tentera
jepun membentuk 1941 hingga 1945.tentera jepun menjadikan beberapa bilik di
dalam blok tersebut sebagai bilik tahanan dan bilik penyiksaan. Bangunan ini
telah dirasmikan oleh Sir Hugh Clifford,gabenor pertama dan pegawai tertinggi
british untuk persekutuan tanah melayu(1927-1929) pada hari isnin Sembilan September 1929,disaksikan oleh
duli yang maha mulia Sultan Abdullah Al-Muk”tassim Billah ibni Al-marhum Sultan
Ahmad Al-muadzam shah
LOKASI BANGUNAN
Bangunan block E atau
disebut sebagai “E Block” oleh bekas pelajar Clifford terletak bersebelahan
dengan bangunan Malay Hostel yang menjadi kediaman pelajar Clifford masa
dahulu,bangunan ini juga dibina pada kedudukan bahagian hadapannya mengadap
sungai Lipis dan dibelakangnya bersetentangan dengan padang Clifford dan Pahang
Kelab Lipis’. Kedudukan bangunan ini juga dibina berhampiran dengan bangunan
pejabat pentadbiran Daerah Lipis yang juga bekas pejabat British di Kuala
Lipis.
PEMILIK BANGUNAN
Bangunan block E smk
Clifford juga seperti bangunan lama yang lain terdapat didaerah lipis adalah
bangunan kediaman dan sekolah yang didirikan di atas tanah milik penjajah
British yang di beli dari pembesar Melayu Lipis ( tanah milik Orang Kaya Haji
Wan Daud bin Wan Pahang) yang dibeli oleh British dengan harga dua ratus –tiga
ratus ringgit sahaja.
Namun selepas tamat pemerintahan british iaitu
era kemerdekaan semua bangunan milik british di serah kepada kerajaan negeri di
bawah kelolaan sebuah jabatan iaitu Jabatan Kerja Raya , jabatan yang mengawasi
dan menjaga harta kerajaan. Pada setiap bangunan ada plat yang bertulis JKR di
lekatkan pada setiap bangunan termasuk bangunan block E.
PIHAK YANG MEMBINA
Bangunan Malay Hostel
dan block E dibina mengikut bentuk kolonial , dibina oleh beberapa jurutera
british, manakala penyelia bangunan tersebut adalah terdidri dari seorang
berbangsa Melayu dan seorang Inggeris. Buruh atau pekerja bangunan tersebut
terdiri dari bangsa China dan melayu bugis dan India. Pelan bangunan block E adalah berasaskan
pelan dari seorang arkitek British.
BENTUK DAN STRUKTUR
BANGUNAN
Bangunan block E
terkenal sebagai sebuah bangunan yang sangat menjadi nastolgi kepada
pelajar-pelajar Clifford suatu ketika dahulu. Kerana bangunan ini adalah
merupakan kelas atau bilik darjah. Sekolah Clifford menjalani proses pembelajaran
dengan mengunakan bahasa penghantar Inggeris ( English Medium) selepas itu baru
diadakan dua aliran iaitu Aliran Melayu Dan Inggeris. Kelas aliran Inggeris
berakhir pada tahun 1977. Bangunan Block E ini menjadi sangat unik pada bentuk
bangunannya yang merupakan bentuk model bangunan eropah iaitu bentuk kolonial
dan juga semi kolonial pada poch hadapan yang berbentuk bumbung limas dan rumah
nusanrtara.
BAHAN BINAAN.
Apabila bermulanya
sistem residen di Pahang, dan Kuala lipis menjadi ibu Negeri Pahang dan puasat
atau menjadi lokasi kediaman residen
British (British Residensi). Sir Hug
Clifford memohon kepada pihak gabenor general british agar membina
kediaman dan sekolah di Kuala Lipis. Kos pembinaan nya ditanggung oleh pihak
Gabenor general british di India.Banguan block E dibina dua tingkat menggunakan
bahan binaa luar dan tempatan. Bahan binaan adalah terdiri dari besi keluli
yang diimport dari India, atap genting merah buatan England dan France, besi
i-beam digunakan sebagai gelegar di bahagian tingkat atas di bawah dari kilang
keluli di India. Simen kapur putih dari England. Manakala pasir bati kerikir
dan kayu dibahagian bumbung adalah dari kayu jati tempatan iaitu dari hutan
hulu raub dan slim river. Bata merah dinding adalah dari bata yang diimport dari
England berbentuk empat segi bujur , yang agak uniknya ,saiz bata tersebut
tidak sama dengan batu bata yang di buat di tanah melayu. Bahan bina diangkut
dari port swettenham ke kuala lipis melalui kuala kubu melalui jalan darat
melalui Raub ke Kuala Lipis.
KELUASAN BANGUNAN
BANGUNAN BLOCK E
terdiri dari bangunan dua tingkat yang mengandungi 12 bilik, 6 bilik ditingkat
atas dan 6 bilik ditingkat bawah. Setiap tingkat terdapat sebuah setor.salah
satu bilik di bahagian atas pernah menjadi lock-ups dan bilik soal sisat
tentera jepun. Keluasan keseluruhan bangunan block E
adalah 117’.4” x62.3x23x71.4x23
kaki persegi. Tidak termasuk kaki lima bangunan. Keluasan setiap bilik tidak
sama, namun kebanyakan bilik bersaiz standard 22.3x29.11 kaki persegi. Ciri
reka bentuk bangunan block E adalah berciri bangunan kolonial seperti
Sina-Palladian dan Art Deco. Cirri ini adalah yang menampakkan bangunan ini
indah bersifat seni bina eropah
Elemen yang terdapat
pada bangunan
Keseluruhan Elemen
yang terdapat pada bangunan ini adalah seperti dilihat pada anjung (porch),
pediment, Tiang archa, bumbung, Tingkap, siar kaki di kawasan berteres, tangga,
Birai hias, fasad Hadapan ( bertulis tahun 19130, atap genting eropah (
sekarang telah diganti dengan atap adex tempatan), siling asbestos, Handril,
Balkoni, Balustrade. Warna asal bangunan ini berwarna putih kini ditukar kepada
kuning telur dan oren. Di bahagian hadapan terdapat porch bersambung dengan
bahagian bangunan ibu dijadikan Parking kereta, terdapat beberapa tiang bersais
besar pada bahagian hadapan atas dan bawah menampakkan kecantikan dan keunikan
bangunan ini.
RUMUSAN BANGUNAN
BLOCK E
Blok ini menjadi
nastolgia kepada bekas pelajar Clifford sejak dahulu. Blok ini juga menjadi
kelas atau bilik darjah kepada Tuanku DYMM sultan Haji Ahmad Syah 1946-1947. (Semasa lawatan tuanku ke Clifford school
baginda menunjuk jari ke kelas 6m4 tingkat bawah bangunan block e dengan
berkata , “itu kelas saya dulu”.) Baginda pernah belajar di sekolah
Clifford selama dua tahun. Block E sekarang ini menjadi block pelajar
Pra-Universiti yang menempatkan sepuluh kelas dan sebuah bilik guru dan bilik
sidang reduksi. Dari sudut sejarah
silamnya bangunan ini meninggalkan kesan yang menyayat hati kepada mangsa
tahanan tentera Jepun sekitar tahun 1940 hingga 1945 semasa pendudukan Jepun di
Tanah Melayu. Kini bangunan block E telah berusia hamper 80 tahun, namun dari
pandangan mata bentuk fizikalnya masih untuk dan tersergam dan boleh digunakan
hingga sekarang. Salah satu langkah penjagaan yang diusahakan oleh beberapa
pihak termasuk pihak Kementerian Pelajaran sendiri iaitu mengantikan bahagian
yang rosak. Tetapi tidak dengan tidak mengubah struktur asalnya. Cuma
dibahagian bumbung dan atap telah dibuat perubahan kayu lama telah ditukar baru
dan atap adex mengantikan atap genting
buatan England.. Bangunan ini juga telah di wartakan sebagai sebuah bangunan
warisan bersejarah di Malaysia. Pihak Majlis daerah juga mengambil inisiatif
terhadap mencantik dan menghias lokasi bangunan ini sebagai salah satu destinasi
pelancongan daerah Lipis.
Sumber:
Balai warisan SMK Clifford Kuala
Lipis. Semua maklumat ini sebahagian diperolehi dari orang sumber disamping
maklumat yang tersimpan di sekolah dalam bentuk bulletin, transkrip, rekod lama
surat-surat, majalah sekolah. Maklumat mengenai sejarah sekolah dikumpul sebahagi memenuhi syarat sekolah
kluster sejarah dan sekolah premier.maklumat ini boleh diperolehi melalui
amran3737.blogspot.com
Langgan:
Catatan (Atom)