Rabu, 15 Jun 2016

Profile Pembangunan Kluster Kebitaraan Sejarah Smk Clifford

Sekolah MENENGAH CLIFFORD KUALA LIPIS.

Sekolah menengah Clifford Kuala Lipis suatu masa dulu terkenal dengan panggilan Clifford school. Smk.Clifford yang mempunyai keluasan kira 14 ekar mempunyai 22 block bangunan. Terdapat dua bangunan lama yang didirikan sejak zaman penjajah Inggeris. Bangunan yang dimaksudkan adalah bangunan Malay Hostel dan bangunan Sekolah Clifford atau dipanggil Block E . terdapat dua block makmal sains,di bahagian bawah dan pss sumber sekolah dibahagian atas, selebihnya adalah merupakan kelas dan bilik guru, Terdapat juga dua block asrama puitera dan puteri. Sekolah ini juga dilengkapi dengan dewan dan surau serta padang permainan untuk kemudahan warga Clifford
.                :
Bangunan block E

Bangunan ini dibina pada tahun 1926.bentuk bangunan ini diambil berbentukE.ia dibina selepas berlakunya banjir besar pada tahun 1926 yang memusnahkan bangunan di dalam sekolah yang dibina pada tahun 1919  di tengah – tengah padang.bentuk bangunan ini dipengaruhi oleh seni bina british.bahan –bahan yang digunakan adalah besi dan konkrit untuk menyokong rasuk.pintu dan tingkap diperbuat daripada kaca dan rods.besi struktur asal bumbung itu tanah yang di import dari England dan prancis.


Kebanyakkan bahan – bahan telah dibawa dipelabuhan port swettenham.dan dibawa melalui jalan darat(land passing) melalui kuala kubu dan raub sebelum sampai ke kuala lipis.semasa  kawasan jepun,struktur tambahan  telah dibina dan pengubahsuaian  adalah   blok dibina.itu adalah rumah kepada tentera jepun membentuk 1941 hingga 1945.tentera jepun menjadikan beberapa bilik di dalam blok tersebut sebagai bilik tahanan dan bilik penyiksaan. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Sir Hugh Clifford,gabenor pertama dan pegawai tertinggi british untuk persekutuan tanah melayu(1927-1929) pada hari isnin Sembilan September 1929,disaksikan oleh duli yang maha mulia Sultan Abdullah Al-Muk”tassim Billah ibni Al-marhum Sultan Ahmad  Al-muadzam shah

LOKASI BANGUNAN

Bangunan block E atau disebut sebagai “E Block” oleh bekas pelajar Clifford terletak bersebelahan dengan bangunan Malay Hostel yang menjadi kediaman pelajar Clifford masa dahulu,bangunan ini juga dibina pada kedudukan bahagian hadapannya mengadap sungai Lipis dan dibelakangnya bersetentangan dengan padang Clifford dan Pahang Kelab Lipis’. Kedudukan bangunan ini juga dibina berhampiran dengan bangunan pejabat pentadbiran Daerah Lipis yang juga bekas pejabat British di Kuala Lipis.

PEMILIK BANGUNAN

Bangunan block E smk Clifford juga seperti bangunan lama yang lain terdapat dibdaerah lipis adalah bangunan kediaman dan sekolah yang didirikan di atas tanah milik penjajah British yang di beli dari pembesar Melayu Lipis ( tanah milik Orang Kaya Haji Wan Daud bin Wan Pahang) yang dibeli oleh British dengan harga dua ratus –tiga ratus ringgit sahaja.
 Namun selepas tamat pemerintahan british iaitu era kemerdekaan semua bangunan milik british di serah kepada kerajaan negeri di bawah kelolaan sebuah jabatan iaitu Jabatan Kerja Raya , jabatan yang mengawasi dan menjaga harta kerajaan. Pada setiap bangunan ada plat yang bertulis JKR di lekatkan bada setiap bangunan termasuk bangunan block E.

PIHAK YANG MEMBINA

Bangunan Malay Hostel dan block E dibina mengikut bentuk colonial , dibina oleh beberapa jurutera british, manakala penyelia bangunan tersebut adalah terdidri dari seorang berbangsa Melayu dan seorang Inggeris. Buruh atau pekerja bangunan tersebut terdiri dari bangsa China dan melayu bugis dan India.  Pelan bangunan block E adalah berasaskan pelan dari seorang arkitek British.

BENTUK DAN STRUKTUR BANGUNAN

Banguna block E terkenal sebagai sebuah bangunan yang sangat menjadi nastolgi kepada pelajar-pelajatr Clifford suatu ketika dahulu. Kerana bangunan ini adalah merupakan kelas atau bilik darjah. Sekolah Clifford menjalani proses pembelajaran dengan mengunakan bahasa penghantar Inggeris ( English Medium) selepas itu baru diadakan dua aliran iaitu Aliran Melayu Dan Inggeris. Kelas aliran Inggeris berakhir pada tahun 1977. Bangunan Block E ini menjadi sangat unik pada bentuk bangunannya yang merupakan bentuk model bangunan eropah iaitu bentuk colonial danjuga semi colonial pada poch hadapan yang berbentuk bumbung limas dan rumah nusanrtara.

BAHAN BINAAN.

Apabila bermulanya sistem residen diPahang, dan Kuala lipis menjadi ibu Negeri Pahang dan puasat atau menjadi lokasi kediamanresiden  British (British Residensi). Sir Hug  Clifford memohon kepada pihak gabenor general british agar membina kediaman dan sekolah di Kuala Lipis. Kos pembinaan nya ditanggung oleh pihak Gabenor general british di India.Banguan block E dibina dua tingkat menggunakan bahan binaa luar dan tempatan. Bahan binaan adalah terdiri dari besi keluli yang diimport dari India, atap genting merah buatan England dan France, besi i-beam digunakan sebagai gelegar di bahagian tingkat atas di bawa dari kilang keluli di India. Simen kapur putih dari England. Manakala pasir bati kerikir dan kayu dibahagian bunbung adalah dari kayu jati tempatan iaitu dari hutan hulu raub dan slim river. Bata merah dinding adalah dari bata yang diimport dari England berbentuk empat segi bujur , yang agak uniknya ,saiz bata tersebut tidak sama dengan batu bata yang di buat di tanah melayu. Bahan bina diangkut dari port swettenham ke kuala lipis melalui kuala kubu melalui jalan darat melalui Raub ke Kuala Lipis.

KELUASAN BANGUNAN

BANGUNAN BLOCK E terdiri dari bangunan dua tingkat yang mengandungi 12 bilik, 6 bilik ditingkat atas dan 6 bilik ditingkat bawah. Setiap tingkat terdapat sebuah setor.salah satu bilik di bahagian atas pernah menjadi lock-ups dan bilik soal sisat tentera jepun. Keluasan keseluruhan bangunan block E
adalah 117’.4” x62.3x23x71.4x23 kaki persegi. Tidak termasuk kaki lima bangunan. Keluasan setiap bilik tidak sama, namun kebanyakan bilik bersaiz standard 22.3x29.11 kaki persegi. Cirri reka bentuk bangunan block E adalah berciri bangunan colonial seoerti Sina-Palladian dan Art Deco. Cirri ini adalah yang menampakkan banguan ini indah bersifat seni bina eropah

Elemen yang terdapat pada bangunan
Keseluruhan Elemen yang terdapat pada bangunan ini adalah seperti dilihat pada anjung (porch), pediment, Tiang archa, bumbung, Tingkap, siar kaki di kawasan berteres, tangga, Birai hias, fasad Hadapan ( bertulis tahun 19130, atap genting eropah ( sekarang telah diganti dengan adex tempatan), siling asbestos, Handril, Balkoni, Balustrade. Warna asal bangunan ini berwarna putih kini ditukar kepada kuning telur dan oren. Di bahagian hadapan terdapat porch bersambung dengan bahagian bangunan ibu dijadikan Parking kereta, terdapat beberapa tiang bersais besar pada bahagian hadapan atas dan bawah menampakkan kecantikan dan keunikan bangunan ini.


RUMUSAN BANGUNAN BLOCK E

Belock ini menjadi nastolgia kepada bekas pelajar Clifford sejak dahulu. Block ini juga menjadi kelas atau bilik darjah kepada Tuaku DYMM sultan Haji Ahmad Syah 1946-1947. (Semasa lawatan tuanku ke Clifford school baginda menunjuk jari ke kelas 6m4 tingkat bawah bangunan block e dengan berkata , “itu kelas saya dulu”.) Baginda pernah belajar di sekolah Clifford selama dua tahun. Block E sekarang ini menjadi block pelajar Pra-Universiti yang menempatkan sepuluh kelas dan sebuah bilik guru dan bilik sidang reduksi.  Dari sudut sejarah silamnya bangunan ini meninggalkan kesan yang menyayat hati kepada mangsa tahanan tentera Jepun sekitar tahun 1940 hingga 1945 semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Kini bangunan block E telah berusia hamper 80 tahun, namun dari pandangan mata bentuk fizikalnya masih utuk dan tersergam dan boleh digunakan hingga sekarang. Salah satu langkah penjagaan yang diusahakan oleh beberapa pihak termasuk pihak Kementerian Pelajaran sendiri iaitu mengantikan bahagian yang rosak. Tetapi tidak dengan tidak mengubah struktur asalnya. Cuma dibahagian bumbung dan atap telah dibuat perubahan kayu lama telah ditukar baru dan atap adex  mengantikan atap genting buatan England.. Bangunan ini juga telah di wartakan sebagai sebuah bangunan warisan bersejarah di Malaysia. Pihak Majlis daerah juga mengambil inisiatif terhadap mencantik dan menghias lokasi bangunan ini sebagai salah satu dinistinasi pelancongan daerah Lipis.

Sumber: Balai warisan SMK Clifford Kuala Lipis. 
Semua maklumat ini sebahagian diperolehi dari orang sumber disamping maklumat yang tersimpan di sekolah dalam bentuk bulletin, transkrip, rekod lama surat-surat, majalah sekolah. Maklumat mengenai sejarah sekolah  dikumpul sebahagi memenuhi syarat sekolah kluster sejarah dan sekolah premier.maklumat ini boleh diperolehi melalui amran3737.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan