Ahad, 26 Jun 2016

Bukit Bius

Bandar Kuala Lipis merangkumi Bukit Bius, Bukit Residen, Bukit Kerani, Bandar lama. Bukit Bius tersohor dengan keistemewaannya yang tersendiri . Ia menempatkan beberapa bangunan peninggalan sejarah sejak zaman British yang masih kukuh hingga sekarang. Pelancong atau pengunjung yang datang ke Kuala Lipis akan melengkapkan lawatan mereka dengan menaiki bukit bius. Di atas Bukit Bius terdapat bangunan lama seperti Rumah Suk (Rumah Kediaman Tun Razak), sekarang ini telah dijadikan Muzium Lipis. Selain itu terdapat juga rumah belia, zoo Lipis, Rumah rehat PDRM, Istana hinggap dan lain-lain seperti rumah bekas pegawai Britih semasa berkhidmat di Kuala Lipis.Bukit Bius sekarang ini telah menjadi lokasi  Khas pelancongan. Lipis Valley Golf Club (LVGC) terletak di bukit Bius adalah kelab golf yang tertua di negeri Pahang kerana ia dibina sejak zaman British lagi. Sekarang ini padang golf yang tertua itu telah lenyap, namun ahlinya masih wujud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan