Khamis, 16 Jun 2016

SEJARAH SMK CLIFFORD (Maklumat Tambahan)

Nostalgia.
Pada tahun 1928, dua bangunan batu 2 tingkat yang baru telah dibina iaitu bangunan asrama Melayu (Malay Hostel) dan bangunan sekolah (blok E). Bangunan sekolah mempunyai 8 bilik kelas dan 4 bilik lain adalah sebagai gabenor rooms. Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu, Sir Hugh Clifford merasmikan bangunan itu pada 9 september 1929. sejak daripada itu, nama sekolah  berubah nama kepada Sekolah Clifford Kuala lipis.

Malay Hostel (Asrama melayu) dan Blok E,adalah merupakan antara  bangunan tertua di Sekolah Menengah Clifford  dan di daerah Kuala Lipis, Kedua-dua bangunan ini telah diwarta sebagai bangunan bersejarah oleh muzium dan Arkid negara Malaysia. Pada tahun 1936, Kumpulan pertama  daripada 11 pelajar menduduki peperiksaan , 9 orang daripada mereka berjaya lulus dan layak mendapat sijil.Semasa perang dunia kedua 1940-1945, Jepun menguasai Tanah Melayu, sekolah ini menjadi ibu pejabat untuk tentera Jepun, 2 bilik kelas block E telah dijadikan bilik tahanan (lock-ups) dan bilik dera oleh tentera Jepun. Disamping itu Pengajian bahasa Jepun turut diadakan di sekolah ini. Selepas Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu sekolah Clifford kembali semula sebagai sekolah harian setelah diberhentikan semasa Jepun. Kurikulum pelajaran ditambah iaitu pada tahun 1946 apabila diperkenalkan peperiksaan O level cambridge bagi melayakkan pelajar Clifford melanjut pelajaran ke England.


Tengku Ahmad Syah Bersekolah di Clifford School
Surat Almarhum Sultan Sir Abu Bakar kepada Pegawai Inggeris di Kuala Lipis.
Warkah asal dalam tulisan jawi ditulis oleh Almarhum ada tersimpan di Arkib Negara Pahang. Antara isi surat menyebut perihal  Almarhum sultan Abu Bakar menasihati anakanda baginda Tengku Ahmad Syah (Sultan Ahmad syah, Sultan Pahang) yang menginap di asrama dan belajar di sekolah Clifford kuala Lipis agar dapat berkawan dengan pelajar lain serta “ makan minumlah di asrama Clifford seperti juga pelajar lain”. “Jika tiada duit belanja mintalah dari pegawai Inggeris yang ada di Kuala Lipis
.
Dari tahun 1946-1947, Sultan Pahang DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta 'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Muazam Shah belajar di Sekolah Clifford dan tinggal di asrama Sekolah Clifford. Oleh yang demikian setiap kali baginda Sultan berangkat ke Kuala Lipis , baginda akan datang melihat sekolah Clifford sambil bermesra dengan pelajar-pelajar asrama. Baginda juga sering menoleh ke arah Malay Hostel yang menjadi asrama dan Blok E tempat baginda belajar. Suatu memori yang tak dapat dilupakan dua bangunan bersejarah ini iaitu blok E dan Malay Hostel.Ia bukan sahaja dirasai oleh baginda tuanku tetapi juga oleh setiap bekas pelajar lain yang kebanyakan dari mereka adalah tokoh-tokoh yang berjaya di peringkat negara dan negeri samada sebagai ahli politik, ahli koprat, ahli akdemik, ahli professional dan sebagainya. Buktinya setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau alumni mereka pasti meluangkan masa untuk datang melihat perkembangan sekolah dan berkesempatan bertemu rakan lama semasa bersekolah dahulu. Sambutan 100 tahun yang diadakan pada 2013 yang lalu membuktikan kemuncak nustalgia bekas pelajar Clifford yang sanggup datang dari jauh dan dekat semata-mata memeriahkan sambutan tersebut. Sambutan 100 tahun tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran KDYMM Sultan Pahang yang sanggup mencemar duli berangkat hadir ke Sekolah Menengah Clifford.

Bahasa Pengantar di Sekolah Clifford
Selepas negara telah mencapai kemerdekaan, terdapat perubahan besar ,Sejak  itu  Sekolah Clifford menjadi sebuah sekolah menengah yang disediakan untuk tingkatan 3,4 dan 5  dalam aliran bahasa Inggeris dan tingkatan 4,5 dalam aliran Melayu.Pada tahun 1971 , satu lagi banjir besar melanda Sekolah Menengah Clifford , menyebabkan kerosakan yang banyak kepada bangunan .Pada tahun yang sama, Kementerian Pelajaran meluluskan empat bangunan baru.Kerajaan telah membina blok baru yang terdiri daripada 4 bilik darjah, 2 makmal sains dan perpustakaan , sebuah kantin baru , satu bengkel dan dewan.

Jubli Perak- 1974

Jubli Perak itu diraikan pada tahun 1974 dan telah dirasmikan oleh Sultan Pahang. Tengku Haji Ahmad DewanTengku Haji Ahmad telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang dalam 18 Jul 1975. Pada tahun 1998 , berlaku banjir besar tetapi tidak ada kemusnahanyang teruk. Bangunan baru asrama 4 tingkat telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang pada 4 november 1990.Pada tahun  1991 , sebuah bangunan baru yang terdiri daripada 16 bilik darjah dan blok makmal sains telah dibina
.
Status dan Kedudukan
SMK  Clifford telah dipilih sebagai 'Sekolah Model Khas 'oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1996. Selain itu  'Projek Sekolah Shahbandar Pahang' (SISP) telah ditubuhkan pada tahun 1997.Projek ini  mempunyai kelas bagi murid tahun 4, 5 dan 6 .Sekali  lagi, smk clifford mengekalkan identiti sebelum 1959 yang menggabungkan sekolah rendah dan menengah yang menawarkan pendidikan untuk murid-murid dari tahun 4 hingga tingkatan enam atas murid.Ia juga mengendalikan 4 peperiksaan awam, UPSR, PMR, SPM dan STPM. pada tahun 2006, SMK Clifford  telah dianugerahkan sebagai sekolah 'Bestari' dan juga sebagai sekolah primier di pahang.
Pada tahun  2009, clifford smk telah diberi kelompok sekolah cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Pada tahun 2010 sekali lagi Sekolah Menengah Clifford menerima anugerah sebagai sekolah kluster kecemerlangan dan memilih empat kebitaraan iaitu sejarah, seni, nasyid dan catur. Jawatan kuasa kebitaraan sejarah dan Balai warisan telah mengambil inisiatif menceriakan bangunan blok E. Antara projek kebitaraan yang diusahakan ialah dengan menjadikan bilik kelas pra-u sebagai galeri mengikut tema. Sebagai contoh , kelas 6m4 dijadikan sebagai galeri pengetua Clifford, gambar bekas pengetua digantung mengikut turutan . Selain itu juga terdapat galeri tokoh sukan Clifford yang menaikkan nama sekolah, dan galeri akademik yang memaparkan kejayaan dan kemenjadian pelajar semasa di sekolah clifford.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan