Ahad, 26 Jun 2016

Bukit Bius

Bandar Kuala Lipis merangkumi Bukit Bius, Bukit Residen, Bukit Kerani, Bandar lama. Bukit Bius tersohor dengan keistemewaannya yang tersendiri . Ia menempatkan beberapa bangunan peninggalan sejarah sejak zaman British yang masih kukuh hingga sekarang. Pelancong atau pengunjung yang datang ke Kuala Lipis akan melengkapkan lawatan mereka dengan menaiki bukit bius. Di atas Bukit Bius terdapat bangunan lama seperti Rumah Suk (Rumah Kediaman Tun Razak), sekarang ini telah dijadikan Muzium Lipis. Selain itu terdapat juga rumah belia, zoo Lipis, Rumah rehat PDRM, Istana hinggap dan lain-lain seperti rumah bekas pegawai Britih semasa berkhidmat di Kuala Lipis.Bukit Bius sekarang ini telah menjadi lokasi  Khas pelancongan. Lipis Valley Golf Club (LVGC) terletak di bukit Bius adalah kelab golf yang tertua di negeri Pahang kerana ia dibina sejak zaman British lagi. Sekarang ini padang golf yang tertua itu telah lenyap, namun ahlinya masih wujud.

Ahad, 19 Jun 2016

Khamis, 16 Jun 2016

SEJARAH SMK CLIFFORD (Maklumat Tambahan)

Nostalgia.
Pada tahun 1928, dua bangunan batu 2 tingkat yang baru telah dibina iaitu bangunan asrama Melayu (Malay Hostel) dan bangunan sekolah (blok E). Bangunan sekolah mempunyai 8 bilik kelas dan 4 bilik lain adalah sebagai gabenor rooms. Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu, Sir Hugh Clifford merasmikan bangunan itu pada 9 september 1929. sejak daripada itu, nama sekolah  berubah nama kepada Sekolah Clifford Kuala lipis.

Malay Hostel (Asrama melayu) dan Blok E,adalah merupakan antara  bangunan tertua di Sekolah Menengah Clifford  dan di daerah Kuala Lipis, Kedua-dua bangunan ini telah diwarta sebagai bangunan bersejarah oleh muzium dan Arkid negara Malaysia. Pada tahun 1936, Kumpulan pertama  daripada 11 pelajar menduduki peperiksaan , 9 orang daripada mereka berjaya lulus dan layak mendapat sijil.Semasa perang dunia kedua 1940-1945, Jepun menguasai Tanah Melayu, sekolah ini menjadi ibu pejabat untuk tentera Jepun, 2 bilik kelas block E telah dijadikan bilik tahanan (lock-ups) dan bilik dera oleh tentera Jepun. Disamping itu Pengajian bahasa Jepun turut diadakan di sekolah ini. Selepas Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu sekolah Clifford kembali semula sebagai sekolah harian setelah diberhentikan semasa Jepun. Kurikulum pelajaran ditambah iaitu pada tahun 1946 apabila diperkenalkan peperiksaan O level cambridge bagi melayakkan pelajar Clifford melanjut pelajaran ke England.


Tengku Ahmad Syah Bersekolah di Clifford School
Surat Almarhum Sultan Sir Abu Bakar kepada Pegawai Inggeris di Kuala Lipis.
Warkah asal dalam tulisan jawi ditulis oleh Almarhum ada tersimpan di Arkib Negara Pahang. Antara isi surat menyebut perihal  Almarhum sultan Abu Bakar menasihati anakanda baginda Tengku Ahmad Syah (Sultan Ahmad syah, Sultan Pahang) yang menginap di asrama dan belajar di sekolah Clifford kuala Lipis agar dapat berkawan dengan pelajar lain serta “ makan minumlah di asrama Clifford seperti juga pelajar lain”. “Jika tiada duit belanja mintalah dari pegawai Inggeris yang ada di Kuala Lipis
.
Dari tahun 1946-1947, Sultan Pahang DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta 'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Muazam Shah belajar di Sekolah Clifford dan tinggal di asrama Sekolah Clifford. Oleh yang demikian setiap kali baginda Sultan berangkat ke Kuala Lipis , baginda akan datang melihat sekolah Clifford sambil bermesra dengan pelajar-pelajar asrama. Baginda juga sering menoleh ke arah Malay Hostel yang menjadi asrama dan Blok E tempat baginda belajar. Suatu memori yang tak dapat dilupakan dua bangunan bersejarah ini iaitu blok E dan Malay Hostel.Ia bukan sahaja dirasai oleh baginda tuanku tetapi juga oleh setiap bekas pelajar lain yang kebanyakan dari mereka adalah tokoh-tokoh yang berjaya di peringkat negara dan negeri samada sebagai ahli politik, ahli koprat, ahli akdemik, ahli professional dan sebagainya. Buktinya setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau alumni mereka pasti meluangkan masa untuk datang melihat perkembangan sekolah dan berkesempatan bertemu rakan lama semasa bersekolah dahulu. Sambutan 100 tahun yang diadakan pada 2013 yang lalu membuktikan kemuncak nustalgia bekas pelajar Clifford yang sanggup datang dari jauh dan dekat semata-mata memeriahkan sambutan tersebut. Sambutan 100 tahun tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran KDYMM Sultan Pahang yang sanggup mencemar duli berangkat hadir ke Sekolah Menengah Clifford.

Bahasa Pengantar di Sekolah Clifford
Selepas negara telah mencapai kemerdekaan, terdapat perubahan besar ,Sejak  itu  Sekolah Clifford menjadi sebuah sekolah menengah yang disediakan untuk tingkatan 3,4 dan 5  dalam aliran bahasa Inggeris dan tingkatan 4,5 dalam aliran Melayu.Pada tahun 1971 , satu lagi banjir besar melanda Sekolah Menengah Clifford , menyebabkan kerosakan yang banyak kepada bangunan .Pada tahun yang sama, Kementerian Pelajaran meluluskan empat bangunan baru.Kerajaan telah membina blok baru yang terdiri daripada 4 bilik darjah, 2 makmal sains dan perpustakaan , sebuah kantin baru , satu bengkel dan dewan.

Jubli Perak- 1974

Jubli Perak itu diraikan pada tahun 1974 dan telah dirasmikan oleh Sultan Pahang. Tengku Haji Ahmad DewanTengku Haji Ahmad telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang dalam 18 Jul 1975. Pada tahun 1998 , berlaku banjir besar tetapi tidak ada kemusnahanyang teruk. Bangunan baru asrama 4 tingkat telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang pada 4 november 1990.Pada tahun  1991 , sebuah bangunan baru yang terdiri daripada 16 bilik darjah dan blok makmal sains telah dibina
.
Status dan Kedudukan
SMK  Clifford telah dipilih sebagai 'Sekolah Model Khas 'oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1996. Selain itu  'Projek Sekolah Shahbandar Pahang' (SISP) telah ditubuhkan pada tahun 1997.Projek ini  mempunyai kelas bagi murid tahun 4, 5 dan 6 .Sekali  lagi, smk clifford mengekalkan identiti sebelum 1959 yang menggabungkan sekolah rendah dan menengah yang menawarkan pendidikan untuk murid-murid dari tahun 4 hingga tingkatan enam atas murid.Ia juga mengendalikan 4 peperiksaan awam, UPSR, PMR, SPM dan STPM. pada tahun 2006, SMK Clifford  telah dianugerahkan sebagai sekolah 'Bestari' dan juga sebagai sekolah primier di pahang.
Pada tahun  2009, clifford smk telah diberi kelompok sekolah cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Pada tahun 2010 sekali lagi Sekolah Menengah Clifford menerima anugerah sebagai sekolah kluster kecemerlangan dan memilih empat kebitaraan iaitu sejarah, seni, nasyid dan catur. Jawatan kuasa kebitaraan sejarah dan Balai warisan telah mengambil inisiatif menceriakan bangunan blok E. Antara projek kebitaraan yang diusahakan ialah dengan menjadikan bilik kelas pra-u sebagai galeri mengikut tema. Sebagai contoh , kelas 6m4 dijadikan sebagai galeri pengetua Clifford, gambar bekas pengetua digantung mengikut turutan . Selain itu juga terdapat galeri tokoh sukan Clifford yang menaikkan nama sekolah, dan galeri akademik yang memaparkan kejayaan dan kemenjadian pelajar semasa di sekolah clifford.

Rabu, 15 Jun 2016

Profile Pembangunan Kluster Kebitaraan Sejarah Smk Clifford

Sekolah MENENGAH CLIFFORD KUALA LIPIS.

Sekolah menengah Clifford Kuala Lipis suatu masa dulu terkenal dengan panggilan Clifford school. Smk.Clifford yang mempunyai keluasan kira 14 ekar mempunyai 22 block bangunan. Terdapat dua bangunan lama yang didirikan sejak zaman penjajah Inggeris. Bangunan yang dimaksudkan adalah bangunan Malay Hostel dan bangunan Sekolah Clifford atau dipanggil Block E . terdapat dua block makmal sains,di bahagian bawah dan pss sumber sekolah dibahagian atas, selebihnya adalah merupakan kelas dan bilik guru, Terdapat juga dua block asrama puitera dan puteri. Sekolah ini juga dilengkapi dengan dewan dan surau serta padang permainan untuk kemudahan warga Clifford
.                :
Bangunan block E

Bangunan ini dibina pada tahun 1926.bentuk bangunan ini diambil berbentukE.ia dibina selepas berlakunya banjir besar pada tahun 1926 yang memusnahkan bangunan di dalam sekolah yang dibina pada tahun 1919  di tengah – tengah padang.bentuk bangunan ini dipengaruhi oleh seni bina british.bahan –bahan yang digunakan adalah besi dan konkrit untuk menyokong rasuk.pintu dan tingkap diperbuat daripada kaca dan rods.besi struktur asal bumbung itu tanah yang di import dari England dan prancis.


Kebanyakkan bahan – bahan telah dibawa dipelabuhan port swettenham.dan dibawa melalui jalan darat(land passing) melalui kuala kubu dan raub sebelum sampai ke kuala lipis.semasa  kawasan jepun,struktur tambahan  telah dibina dan pengubahsuaian  adalah   blok dibina.itu adalah rumah kepada tentera jepun membentuk 1941 hingga 1945.tentera jepun menjadikan beberapa bilik di dalam blok tersebut sebagai bilik tahanan dan bilik penyiksaan. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Sir Hugh Clifford,gabenor pertama dan pegawai tertinggi british untuk persekutuan tanah melayu(1927-1929) pada hari isnin Sembilan September 1929,disaksikan oleh duli yang maha mulia Sultan Abdullah Al-Muk”tassim Billah ibni Al-marhum Sultan Ahmad  Al-muadzam shah

LOKASI BANGUNAN

Bangunan block E atau disebut sebagai “E Block” oleh bekas pelajar Clifford terletak bersebelahan dengan bangunan Malay Hostel yang menjadi kediaman pelajar Clifford masa dahulu,bangunan ini juga dibina pada kedudukan bahagian hadapannya mengadap sungai Lipis dan dibelakangnya bersetentangan dengan padang Clifford dan Pahang Kelab Lipis’. Kedudukan bangunan ini juga dibina berhampiran dengan bangunan pejabat pentadbiran Daerah Lipis yang juga bekas pejabat British di Kuala Lipis.

PEMILIK BANGUNAN

Bangunan block E smk Clifford juga seperti bangunan lama yang lain terdapat dibdaerah lipis adalah bangunan kediaman dan sekolah yang didirikan di atas tanah milik penjajah British yang di beli dari pembesar Melayu Lipis ( tanah milik Orang Kaya Haji Wan Daud bin Wan Pahang) yang dibeli oleh British dengan harga dua ratus –tiga ratus ringgit sahaja.
 Namun selepas tamat pemerintahan british iaitu era kemerdekaan semua bangunan milik british di serah kepada kerajaan negeri di bawah kelolaan sebuah jabatan iaitu Jabatan Kerja Raya , jabatan yang mengawasi dan menjaga harta kerajaan. Pada setiap bangunan ada plat yang bertulis JKR di lekatkan bada setiap bangunan termasuk bangunan block E.

PIHAK YANG MEMBINA

Bangunan Malay Hostel dan block E dibina mengikut bentuk colonial , dibina oleh beberapa jurutera british, manakala penyelia bangunan tersebut adalah terdidri dari seorang berbangsa Melayu dan seorang Inggeris. Buruh atau pekerja bangunan tersebut terdiri dari bangsa China dan melayu bugis dan India.  Pelan bangunan block E adalah berasaskan pelan dari seorang arkitek British.

BENTUK DAN STRUKTUR BANGUNAN

Banguna block E terkenal sebagai sebuah bangunan yang sangat menjadi nastolgi kepada pelajar-pelajatr Clifford suatu ketika dahulu. Kerana bangunan ini adalah merupakan kelas atau bilik darjah. Sekolah Clifford menjalani proses pembelajaran dengan mengunakan bahasa penghantar Inggeris ( English Medium) selepas itu baru diadakan dua aliran iaitu Aliran Melayu Dan Inggeris. Kelas aliran Inggeris berakhir pada tahun 1977. Bangunan Block E ini menjadi sangat unik pada bentuk bangunannya yang merupakan bentuk model bangunan eropah iaitu bentuk colonial danjuga semi colonial pada poch hadapan yang berbentuk bumbung limas dan rumah nusanrtara.

BAHAN BINAAN.

Apabila bermulanya sistem residen diPahang, dan Kuala lipis menjadi ibu Negeri Pahang dan puasat atau menjadi lokasi kediamanresiden  British (British Residensi). Sir Hug  Clifford memohon kepada pihak gabenor general british agar membina kediaman dan sekolah di Kuala Lipis. Kos pembinaan nya ditanggung oleh pihak Gabenor general british di India.Banguan block E dibina dua tingkat menggunakan bahan binaa luar dan tempatan. Bahan binaan adalah terdiri dari besi keluli yang diimport dari India, atap genting merah buatan England dan France, besi i-beam digunakan sebagai gelegar di bahagian tingkat atas di bawa dari kilang keluli di India. Simen kapur putih dari England. Manakala pasir bati kerikir dan kayu dibahagian bunbung adalah dari kayu jati tempatan iaitu dari hutan hulu raub dan slim river. Bata merah dinding adalah dari bata yang diimport dari England berbentuk empat segi bujur , yang agak uniknya ,saiz bata tersebut tidak sama dengan batu bata yang di buat di tanah melayu. Bahan bina diangkut dari port swettenham ke kuala lipis melalui kuala kubu melalui jalan darat melalui Raub ke Kuala Lipis.

KELUASAN BANGUNAN

BANGUNAN BLOCK E terdiri dari bangunan dua tingkat yang mengandungi 12 bilik, 6 bilik ditingkat atas dan 6 bilik ditingkat bawah. Setiap tingkat terdapat sebuah setor.salah satu bilik di bahagian atas pernah menjadi lock-ups dan bilik soal sisat tentera jepun. Keluasan keseluruhan bangunan block E
adalah 117’.4” x62.3x23x71.4x23 kaki persegi. Tidak termasuk kaki lima bangunan. Keluasan setiap bilik tidak sama, namun kebanyakan bilik bersaiz standard 22.3x29.11 kaki persegi. Cirri reka bentuk bangunan block E adalah berciri bangunan colonial seoerti Sina-Palladian dan Art Deco. Cirri ini adalah yang menampakkan banguan ini indah bersifat seni bina eropah

Elemen yang terdapat pada bangunan
Keseluruhan Elemen yang terdapat pada bangunan ini adalah seperti dilihat pada anjung (porch), pediment, Tiang archa, bumbung, Tingkap, siar kaki di kawasan berteres, tangga, Birai hias, fasad Hadapan ( bertulis tahun 19130, atap genting eropah ( sekarang telah diganti dengan adex tempatan), siling asbestos, Handril, Balkoni, Balustrade. Warna asal bangunan ini berwarna putih kini ditukar kepada kuning telur dan oren. Di bahagian hadapan terdapat porch bersambung dengan bahagian bangunan ibu dijadikan Parking kereta, terdapat beberapa tiang bersais besar pada bahagian hadapan atas dan bawah menampakkan kecantikan dan keunikan bangunan ini.


RUMUSAN BANGUNAN BLOCK E

Belock ini menjadi nastolgia kepada bekas pelajar Clifford sejak dahulu. Block ini juga menjadi kelas atau bilik darjah kepada Tuaku DYMM sultan Haji Ahmad Syah 1946-1947. (Semasa lawatan tuanku ke Clifford school baginda menunjuk jari ke kelas 6m4 tingkat bawah bangunan block e dengan berkata , “itu kelas saya dulu”.) Baginda pernah belajar di sekolah Clifford selama dua tahun. Block E sekarang ini menjadi block pelajar Pra-Universiti yang menempatkan sepuluh kelas dan sebuah bilik guru dan bilik sidang reduksi.  Dari sudut sejarah silamnya bangunan ini meninggalkan kesan yang menyayat hati kepada mangsa tahanan tentera Jepun sekitar tahun 1940 hingga 1945 semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Kini bangunan block E telah berusia hamper 80 tahun, namun dari pandangan mata bentuk fizikalnya masih utuk dan tersergam dan boleh digunakan hingga sekarang. Salah satu langkah penjagaan yang diusahakan oleh beberapa pihak termasuk pihak Kementerian Pelajaran sendiri iaitu mengantikan bahagian yang rosak. Tetapi tidak dengan tidak mengubah struktur asalnya. Cuma dibahagian bumbung dan atap telah dibuat perubahan kayu lama telah ditukar baru dan atap adex  mengantikan atap genting buatan England.. Bangunan ini juga telah di wartakan sebagai sebuah bangunan warisan bersejarah di Malaysia. Pihak Majlis daerah juga mengambil inisiatif terhadap mencantik dan menghias lokasi bangunan ini sebagai salah satu dinistinasi pelancongan daerah Lipis.

Sumber: Balai warisan SMK Clifford Kuala Lipis. 
Semua maklumat ini sebahagian diperolehi dari orang sumber disamping maklumat yang tersimpan di sekolah dalam bentuk bulletin, transkrip, rekod lama surat-surat, majalah sekolah. Maklumat mengenai sejarah sekolah  dikumpul sebahagi memenuhi syarat sekolah kluster sejarah dan sekolah premier.maklumat ini boleh diperolehi melalui amran3737.blogspot.com

PROFIL PEMBANGUNAN KLUSTER KEBITARAAN SEJARAH SMK CLIFFORD


SEKOLAH MENENGAH CLIFFORD KUALA LIPIS.
Sekolah menengah Clifford Kuala Lipis suatu masa dulu terkenal dengan panggilan Clifford school mula dibina pada tahun 1913 oleh pihak British.Smk.Clifford yang mempunyai keluasan tanah kira-kira 14 ekar mempunyai 22 block bangunan. Lokasi kawasan sekolah Clifford terletak ditebing sungai lipis atau dimuara sungai lipis dan berhampiran dengan Pahang Kelab dan Bangunan Pejabat Kerajaan Lama. Terdapat dua bangunan lama yang didirikan sejak zaman penjajahan Inggeris. Bangunan yang dimaksudkan adalah bangunan Malay Hostel dan bangunan Sekolah Clifford atau dipanggil Block E

Bangunan block E
Bangunan ini dibina pada tahun 1926.bentuk bangunan ini diambil dari bentuk E.ia dibina selepas berlakunya banjir besar pada tahun 1926 yang memusnahkan bangunan di dalam sekolah yang dibina pada tahun 1919  di tengah – tengah padang.bentuk bangunan ini dipengaruhi oleh seni bina british.bahan –bahan yang digunakan adalah besi dan konkrit untuk menyokong rasuk.pintu dan tingkap diperbuat daripada kaca dan rods.besi struktur asal bumbung itu tanah yang di import dari England dan prancis.


Kebanyakkan bahan – bahan telah dibawa dipelabuhan port swettenham.dan dibawa melalui jalan darat(land passing) melalui kuala kubu dan raub sebelum sampai ke kuala lipis.semasa  kawasan jepun,struktur tambahan  telah dibina dan pengubahsuaian  adalah   blok dibina.itu adalah rumah kepada tentera jepun membentuk 1941 hingga 1945.tentera jepun menjadikan beberapa bilik di dalam blok tersebut sebagai bilik tahanan dan bilik penyiksaan. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Sir Hugh Clifford,gabenor pertama dan pegawai tertinggi british untuk persekutuan tanah melayu(1927-1929) pada hari isnin Sembilan September 1929,disaksikan oleh duli yang maha mulia Sultan Abdullah Al-Muk”tassim Billah ibni Al-marhum Sultan Ahmad  Al-muadzam shah

LOKASI BANGUNAN
Bangunan block E atau disebut sebagai “E Block” oleh bekas pelajar Clifford terletak bersebelahan dengan bangunan Malay Hostel yang menjadi kediaman pelajar Clifford masa dahulu,bangunan ini juga dibina pada kedudukan bahagian hadapannya mengadap sungai Lipis dan dibelakangnya bersetentangan dengan padang Clifford dan Pahang Kelab Lipis’. Kedudukan bangunan ini juga dibina berhampiran dengan bangunan pejabat pentadbiran Daerah Lipis yang juga bekas pejabat British di Kuala Lipis.

PEMILIK BANGUNAN
Bangunan block E smk Clifford juga seperti bangunan lama yang lain terdapat didaerah lipis adalah bangunan kediaman dan sekolah yang didirikan di atas tanah milik penjajah British yang di beli dari pembesar Melayu Lipis ( tanah milik Orang Kaya Haji Wan Daud bin Wan Pahang) yang dibeli oleh British dengan harga dua ratus –tiga ratus ringgit sahaja.
 Namun selepas tamat pemerintahan british iaitu era kemerdekaan semua bangunan milik british di serah kepada kerajaan negeri di bawah kelolaan sebuah jabatan iaitu Jabatan Kerja Raya , jabatan yang mengawasi dan menjaga harta kerajaan. Pada setiap bangunan ada plat yang bertulis JKR di lekatkan pada setiap bangunan termasuk bangunan block E.

PIHAK YANG MEMBINA
Bangunan Malay Hostel dan block E dibina mengikut bentuk kolonial , dibina oleh beberapa jurutera british, manakala penyelia bangunan tersebut adalah terdidri dari seorang berbangsa Melayu dan seorang Inggeris. Buruh atau pekerja bangunan tersebut terdiri dari bangsa China dan melayu bugis dan India.  Pelan bangunan block E adalah berasaskan pelan dari seorang arkitek British.

BENTUK DAN STRUKTUR BANGUNAN
Bangunan block E terkenal sebagai sebuah bangunan yang sangat menjadi nastolgi kepada pelajar-pelajar Clifford suatu ketika dahulu. Kerana bangunan ini adalah merupakan kelas atau bilik darjah. Sekolah Clifford menjalani proses pembelajaran dengan mengunakan bahasa penghantar Inggeris ( English Medium) selepas itu baru diadakan dua aliran iaitu Aliran Melayu Dan Inggeris. Kelas aliran Inggeris berakhir pada tahun 1977. Bangunan Block E ini menjadi sangat unik pada bentuk bangunannya yang merupakan bentuk model bangunan eropah iaitu bentuk kolonial dan juga semi kolonial pada poch hadapan yang berbentuk bumbung limas dan rumah nusanrtara.

BAHAN BINAAN.
Apabila bermulanya sistem residen di Pahang, dan Kuala lipis menjadi ibu Negeri Pahang dan puasat atau menjadi lokasi kediaman residen  British (British Residensi). Sir Hug  Clifford memohon kepada pihak gabenor general british agar membina kediaman dan sekolah di Kuala Lipis. Kos pembinaan nya ditanggung oleh pihak Gabenor general british di India.Banguan block E dibina dua tingkat menggunakan bahan binaa luar dan tempatan. Bahan binaan adalah terdiri dari besi keluli yang diimport dari India, atap genting merah buatan England dan France, besi i-beam digunakan sebagai gelegar di bahagian tingkat atas di bawah dari kilang keluli di India. Simen kapur putih dari England. Manakala pasir bati kerikir dan kayu dibahagian bumbung adalah dari kayu jati tempatan iaitu dari hutan hulu raub dan slim river. Bata merah dinding adalah dari bata yang diimport dari England berbentuk empat segi bujur , yang agak uniknya ,saiz bata tersebut tidak sama dengan batu bata yang di buat di tanah melayu. Bahan bina diangkut dari port swettenham ke kuala lipis melalui kuala kubu melalui jalan darat melalui Raub ke Kuala Lipis.

KELUASAN BANGUNAN
BANGUNAN BLOCK E terdiri dari bangunan dua tingkat yang mengandungi 12 bilik, 6 bilik ditingkat atas dan 6 bilik ditingkat bawah. Setiap tingkat terdapat sebuah setor.salah satu bilik di bahagian atas pernah menjadi lock-ups dan bilik soal sisat tentera jepun. Keluasan keseluruhan bangunan block E
adalah 117’.4” x62.3x23x71.4x23 kaki persegi. Tidak termasuk kaki lima bangunan. Keluasan setiap bilik tidak sama, namun kebanyakan bilik bersaiz standard 22.3x29.11 kaki persegi. Ciri reka bentuk bangunan block E adalah berciri bangunan kolonial seperti Sina-Palladian dan Art Deco. Cirri ini adalah yang menampakkan bangunan ini indah bersifat seni bina eropah

Elemen yang terdapat pada bangunan
Keseluruhan Elemen yang terdapat pada bangunan ini adalah seperti dilihat pada anjung (porch), pediment, Tiang archa, bumbung, Tingkap, siar kaki di kawasan berteres, tangga, Birai hias, fasad Hadapan ( bertulis tahun 19130, atap genting eropah ( sekarang telah diganti dengan atap adex tempatan), siling asbestos, Handril, Balkoni, Balustrade. Warna asal bangunan ini berwarna putih kini ditukar kepada kuning telur dan oren. Di bahagian hadapan terdapat porch bersambung dengan bahagian bangunan ibu dijadikan Parking kereta, terdapat beberapa tiang bersais besar pada bahagian hadapan atas dan bawah menampakkan kecantikan dan keunikan bangunan ini.


RUMUSAN BANGUNAN BLOCK E
Blok ini menjadi nastolgia kepada bekas pelajar Clifford sejak dahulu. Blok ini juga menjadi kelas atau bilik darjah kepada Tuanku DYMM sultan Haji Ahmad Syah 1946-1947. (Semasa lawatan tuanku ke Clifford school baginda menunjuk jari ke kelas 6m4 tingkat bawah bangunan block e dengan berkata , “itu kelas saya dulu”.) Baginda pernah belajar di sekolah Clifford selama dua tahun. Block E sekarang ini menjadi block pelajar Pra-Universiti yang menempatkan sepuluh kelas dan sebuah bilik guru dan bilik sidang reduksi.  Dari sudut sejarah silamnya bangunan ini meninggalkan kesan yang menyayat hati kepada mangsa tahanan tentera Jepun sekitar tahun 1940 hingga 1945 semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Kini bangunan block E telah berusia hamper 80 tahun, namun dari pandangan mata bentuk fizikalnya masih untuk dan tersergam dan boleh digunakan hingga sekarang. Salah satu langkah penjagaan yang diusahakan oleh beberapa pihak termasuk pihak Kementerian Pelajaran sendiri iaitu mengantikan bahagian yang rosak. Tetapi tidak dengan tidak mengubah struktur asalnya. Cuma dibahagian bumbung dan atap telah dibuat perubahan kayu lama telah ditukar baru dan atap adex  mengantikan atap genting buatan England.. Bangunan ini juga telah di wartakan sebagai sebuah bangunan warisan bersejarah di Malaysia. Pihak Majlis daerah juga mengambil inisiatif terhadap mencantik dan menghias lokasi bangunan ini sebagai salah satu destinasi pelancongan daerah Lipis.

Sumber:
 Balai warisan SMK Clifford Kuala Lipis. Semua maklumat ini sebahagian diperolehi dari orang sumber disamping maklumat yang tersimpan di sekolah dalam bentuk bulletin, transkrip, rekod lama surat-surat, majalah sekolah. Maklumat mengenai sejarah sekolah  dikumpul sebahagi memenuhi syarat sekolah kluster sejarah dan sekolah premier.maklumat ini boleh diperolehi melalui amran3737.blogspot.com